Monday, February 10, 2014

Pandang ke depan

Aku dalam satu proses,proses rasa hidup aku ni menjalankan tanggungjawab.Kehidupan ku tunggu sampai ia tamat.Biarlah berehat lepas tu.manusia sekarang tidak ada tata dan karmanya,satu ruang jadi sangat sempit kalau kita yang nak sempitkan.bukalah minda kita luas2.Arghh!cinta dunia semua palsu.Manusia tamak,tak pernah rasa cukup dengan nikmat.Sudahlah!kau manusia,aku manusia.memadailh,aku begini kau begitu.

Sunday, February 2, 2014

Tak sabar nak habis Asasi

Yahoo..setelah bertungkus lumus aku 2 tahun belajar kat asasi ni.Aku tk sabar sangat nak masuk degree.Aku excited dengan suasana and environment baru.Harap-harap tak mengecewakan aku.Huhu.Uia kuantan i am coming.hehe bulan 9 nanti.!!!cepat2lah habis asasi.aku dah bosan study kat pj ni.Tapi kuantan banjir lah pulak.huhu.Tak sabar.Really excited!:-)

Dunia Terbalik

Aku bukanlah budak sastera kerana aku mengambil aliran sains dari sekolah menengah lagi.Sampailah di university aku ialah budak biological sains.Nampak tidak perkataan ‘logic’ itu?
Dunia adalh satu ruang untuk kita terus hidup.
Aku dalam dimensiku sendiri.
Kita pergi ke dunia yang lagi satu.
Di sana kita bergembira
.Ayuh!                   
                                                                                     
Ke mana harus aku pergi
Hidupku bagaikan impian,
Yang impian bagaikan mimpi malam,
Aku terus terlena dengan malam
Malam menjaga aku hingga subuh,
sang mentari kejutkan aku terlalu awal,
arghh!!!
Pergi kau!

Aku mahu terus dengan malam,
Dikala itu aku mahu terus mimpi,
Tidak ada siang
Tidak ada kerja
Yang membuatkan tulang-tulangku sakit
Mencari makan,
Ruang waktu ku berlari begitu sahaja
Wahai malam,lenakan aku dalam ciptaanmu
Mimpi-mimpiku seolah-olah nyata,
Tetapi dunia nyata itulah mimpi,
Arghh!!!
Sudah!!!
Jangan mengarut lagi,
Bangunlah dari tidurmu,
aku tidak mahu bangun.
Ini alam nyataku,
duniaku adalah mimpi
Dan mimpiku nyata.
Terus ku khayal dalam
Dimensi yang lagi satu.