Sunday, February 2, 2014

Dunia Terbalik

Aku bukanlah budak sastera kerana aku mengambil aliran sains dari sekolah menengah lagi.Sampailah di university aku ialah budak biological sains.Nampak tidak perkataan ‘logic’ itu?
Dunia adalh satu ruang untuk kita terus hidup.
Aku dalam dimensiku sendiri.
Kita pergi ke dunia yang lagi satu.
Di sana kita bergembira
.Ayuh!                   
                                                                                     
Ke mana harus aku pergi
Hidupku bagaikan impian,
Yang impian bagaikan mimpi malam,
Aku terus terlena dengan malam
Malam menjaga aku hingga subuh,
sang mentari kejutkan aku terlalu awal,
arghh!!!
Pergi kau!

Aku mahu terus dengan malam,
Dikala itu aku mahu terus mimpi,
Tidak ada siang
Tidak ada kerja
Yang membuatkan tulang-tulangku sakit
Mencari makan,
Ruang waktu ku berlari begitu sahaja
Wahai malam,lenakan aku dalam ciptaanmu
Mimpi-mimpiku seolah-olah nyata,
Tetapi dunia nyata itulah mimpi,
Arghh!!!
Sudah!!!
Jangan mengarut lagi,
Bangunlah dari tidurmu,
aku tidak mahu bangun.
Ini alam nyataku,
duniaku adalah mimpi
Dan mimpiku nyata.
Terus ku khayal dalam
Dimensi yang lagi satu.


1 comment:

  1. hahaha...boleh tahan sajak ni!! jemput datang dan follow blog kami kembali yup!! www.karyaagungupsi.blogspot.com

    ReplyDelete