Sunday, August 4, 2013

5 Tips perniagaan untuk pemula


Memandangkan aku ni memang minat berniaga.Jadi dalam waktu lapang2 aku.Aku selalu baca buku pasal perniagaan,pelaburan hartanah,emas.Tengok tv shows pasal perniagaan.Aku selalu beli buku-buku pasal kewangan.Tapi bukan bermakna aku ni mata duitan.Tapi aku bercita nak dapat kebebasan kewangan yang orang zaman sekarang ni takde.Diorang bekerja pagi petang siang malam nak cari duit and takde masa pon dengan orang tersayang.Aku tak mo la jadi camtu.Hee.Jadi aku dah mulakan usaha dari sekarang ni.Jadi aku dapatlah capai kebebasan kewangan waktu tengah usia muda and dapat pergi melancong.




1.First sekali awak haruslah membina 'brand' awak sendiri.Contoh Brand yang kita semua kagum-kagumkan sekarang ni Adidas,Panasonic and sebagainya.Jadi cubalah reka nama brand kamu sendiri.Boleh juga dengan menggunakan nama kamu.Contoh nama kamu Arissa ke?Boleh jadikan Arissa tu jenama yang mungkin akan terkenal dengan tekad dan usaha yang kukuh.Hee:-)

2.Second.awak-awak yang baru nak berniaga tu kenalah sedar yang tagline dan juga logo ni amat-amatlah penting.First sekali,tagline tu jangan lah amek yang rumit.Amik yang senang nak ingat.Contoh tagline yang saya reka sendiri 'Belong to you','Feeling easy','Its perfect'.Kedua,kalau logo pulak,korang ameklah yang bersesuaian dengan tema business korang.Kalau macam aku.'FL'.Sebab nama aku fatin laila.Teheee.

3.Then,korang jugak kenalah promosi kan business korang.Contoh,buat topi yang ada logo untuk staff korang.Lepastu,kalau syarikat yang dah ada lori tu.Letakkan jenama and logo korang besar2 kat lori tu.Jadi sepanjang lori tu berjalan dekat jalan raya mahupun highway.Dah2 tentulah semua mata2 akan meliar tengok iklan dekat lori korang tu?Betul tak?Jadi sepanjang lori tu bergerak di atas darat tidak kira waktu.Pasti ianya telah dipromosikan kepada orang ramai.

4.Internet.Korang jugak kena pastikan bila customer korang search aje dekat internet.Mesti dah jumpa u olls punya jenama atau syarikat.

5.Korang jugak bolehlah buat pertandingan and sponsor mana-mana sekolah,kelab ataupun apa-apa saja yang berkaitan dengan produk korang.Supaya orang lain boleh kenal dengan produk korang.

Semoga korang dapat faedah dari apa yang aku cuba sampaikan ni.Gud luck dalam berniaga:-)

4 comments: